Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Hari ATM ke-89: TUDM laksana latihan demonstrasi keupayaan bermula Rabu ini

Hari ATM ke-89: TUDM laksana latihan demonstrasi keupayaan bermula Rabu ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR – Orang ramai di sekitar Pahang dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbang rendah atau mendengar bunyi letupan antara 21 hingga 26 September ini.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM, Markas Tentera Udara dalam kenyataan memaklumkan, ia kerana, ATM akan melaksanakan latihan demonstrasi keupayaan aset sempena sambutan Hari Angkatan Malaysia Ke-89 yang akan diadakan di Pangkalan Udara Kuantan pada 26 September ini.

“Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipertanggungjawabkan sebagai penganjur acara perbarisan bersempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-89,

“Sempena sambutan ini, ATM akan melaksanakan demonstrasi keupayaan yang akan melibatkan aset-aset udara dari perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan TUDM,

“Aset-aset udara dari ATM akan melaksanakan latihan penerbangan rendah dan penerbangan
taktikal bermula 21 hingga 26 Sep 2022 melibatkan sekitar Pangkalan Udara Kuantan dan
ruang udara Pahang,” jelas TUDM.

Sambutan Hari ATM kali ini akan disambut pada 26 September di Pangkalan Udara Kuantan.

Related Articles

Leave a Reply