Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais MERTAK BERSATU tingkat hubungan bilateral TDM, TDDB

Eksesais MERTAK BERSATU tingkat hubungan bilateral TDM, TDDB

by Nurulhuda

BRUNEI, 14 Sept – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) telah melaksanakan Eksesais MERTAK BERSATU Siri 12/2022 bersama Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bertempat di Padang Tembak Field Firing Area (FFA), Binturan, mulai pada 10 hingga 19 September ini.

Markas 1 Div menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, eksesais bilateral yang diadakan secara tahunan telah melibatkan seramai 6 pegawai dan 55 anggota dari pasukan Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD).

“Selain itu, unit sokongan di bawah naungan Briged Ke-9 Infantri Malaysia (9 Bgd) turut terlibat sepanjang eksesasis ini dijalankan,” jelas 1 Div.

Tambah 1 Div, eksesais yang melambangkan kerjasama erat secara berterusan di antara Tentera Darat bagi kedua-dua buah negara ini berkonsepkan Cross Training Exercise (CTX) dan Field Training Exercise (FTX) yang memberi tumpuan terhadap tembakan Mortar 81mm.

“Antara objektif yang digariskan dalam eksesasis ini adalah bagi mengadakan perkongsian pengetahuan antara kedua-dua angkatan darat,

“Selain itu bagi memahirkan serta meningkatkan profesionalisma dalam pengendalian senjata Mortar 81mm oleh TDM dan TDDB,

“Melalui eksesais ini juga mampu mengeratkan hubungan ketenteraan kedua-dua buah negara serta memberi peluang interaksi khususnya bagi anggota-anggota untuk mempupuk sifat setiakawan,” jelas Markas 1 Div.

Menurut 1 Div juga, pelaksanaan eksesais ini adalah selaras dengan Tonggak Ke-4 Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu memanfatkan kerjasama pertahanan dengan negara-negara sahabat melalui perkongsian, pertukaran maklumat dan latihan.-airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply