978
AUSTRALIA, 1 Sept – Seramai 8 pegawai dan 42 anggota mewakili Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan Eksesais PREDATOR RUN bersama Tentera Darat Australia (TDA) di Darwin.
Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) (Mekanize) berkata, eksesais ini berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) dengan pelaksanaan Littoral Manoeuvre Concept bagi menguji kompetensi anggota TDM bersama TDA.
Eksesais ini melibatkan penglibatan anggota dari 19 RAMD (Mekanize), Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD), Rejimen Kedua Artileri Diraja (2 RAD), 7 RAD, 4 RAD serta Skuadron Ke-11 Rejimen Askar Jurutera Diraja (Mekanize). – airtimes.my