Home Sejarah Semangat Hari Kebangsaan: Dari Cheras berjalan kaki ke Dataran Merdeka

Semangat Hari Kebangsaan: Dari Cheras berjalan kaki ke Dataran Merdeka

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=QkNgfFnV1GE[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Kerana cintakan tanah air, peminat sukan maraton berjalan kaki dari Taman Maluri, Cheras menuju ke Dataran Merdeka agar tidak terlewat untuk menyaksikan sendiri sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Lebih mesra dipanggil Madam Lee, wanita berusia 67 tahun ini berkata, beliau telah memulakan perjalanan pada jam 8 malam tadi menuju ke Dataran Merdeka.

Teruja dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-65, Madam Lee yang hadir dengan memakai T-shirt Majlis Sukan Negara (MSN) turut membuat replika Jalur Gemilang dan simbolik 65 tahun Merdeka.

“Pada 30 Ogos, jam 8 malam saya mula berjalan dan sampai lewat malam,

“Sampai di sekitar Dataran Merdeka, saya cari tempat untuk berehat dan tidur sekejap. Kemudian saya terus masuk ke Dataran Merdeka awal pagi tadi,” jelasnya ketika ditemui pemberita di Dataran Merdeka, pagi tadi.

Madam Lee menjelaskan, beliau sangat teruja dapat menyaksikan perbarisan pada hari ini berikutan negara tidak mengadakan sambutan yang berskala besar sejak dunia dilanda wabak COVID-19 pada 2019.

“Walaupun ada orang yang mengatakan saya buat tindakan bodoh, tiada pekerjaan dan tidak akan dapat duit, tetapi saya tidak kisah,

“Saya cuma hormat negara saya. Saya gembira buat untuk negara saya,” ujarnya.

Tambahnya, sagmen yang paling diminati dan ditunggu-tunggu adalah perarakan kontinjen dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Segmen yang paling saya suka adalah JBPM dan PDRM kerana saya pernah menyertai larian maraton bersama mereka pada tahun 2003,

“Sejak dari tahun 2003 sehingga sekarang saya masih aktif mengikuti pertandingan larian maraton yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur,” jelasnya.

Sambutan Hari Kebangsaan 2022 dengan tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ kembali disambut secara besar-besaran selepas 2 tahun diraikan sederhana bagi mengurangkan perhimpunan ramai susulan penularan wabak COVID-19.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply