Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Najib tak persoal jumlah besar wang ‘keluar masuk’ di akaunnya – Air Times News Network
Home Semasa Najib tak persoal jumlah besar wang ‘keluar masuk’ di akaunnya

Najib tak persoal jumlah besar wang ‘keluar masuk’ di akaunnya

by Bernama

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak pernah mengemukakan sebarang pertanyaan kepada AmBank berhubung dana dalam jumlah yang besar sentiasa keluar masuk ke akaun bank peribadinya sehingga beliau menutup akaunnya pada 2015.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram berhujah bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap bank itu atas dakwaan dana dikredit dan didebit secara salah ke akaunnya.

“Keterangan dua pegawai AmBank iaitu Uma Devi Raghavan dan Joanna Yu Ging Ping menunjukkan Najib tidak pernah membuat sebarang pertanyaan kepada AmBank apatah lagi membuat sebarang aduan berhubung jumlah dana yang besar yang sentiasa keluar masuk akaunnya.

“Malah, perayu (Najib) tidak mempunyai masalah dengan baki banknya sehingga menutup akaunnya pada Mac 2015,” katanya pada prosiding rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman terhadap penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau berhujah demikian di hadapan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd .- Bernama

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?