Home Semasa Serpihan logam disyaki milik roket China ditemui di Miri

Serpihan logam disyaki milik roket China ditemui di Miri

by Air Times News Network

MIRI, 1 Ogos – Serpihan logam yang disyaki dari sebahagian komponen roket Long March 5B milik negara China ditemui penduduk di Batu Niah, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Polis Alexson Naga Chabu berkata, penduduk di kawasan terbabit telah menemui serpihan tersebut dan kemudiannya melaporkan kepada polis.

Jelasnya, tinjauan awal pihak polis mendapati serpihan logam berkenaan ditemukan terbenam di dalam tanah pada kedalaman 1 meter.

“Bagaimanapun, pihak polis tidak dapat mengesahkan asal usul logam tersebut dan telah meminta bantuan dari pasukan Hazardous Material (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Agensi Angkasa Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menganalisa tempat kejadian,

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak berada di kawasan berhampiran tempat kejadian kerana dibimbangi logam tersebut mengandungi bahan radioaktif yang boleh memudaratkan kesihatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegasnya, pihak polis telah memantau rapi kawasan bagi memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tambahnya lagi, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat andaian atau menyebarkan berita palsu berkenaan kejadian tersebut serta hubungi balai polis berdekatan untuk menyalurkan maklumat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply