Home Pertahanan dan Keselamatan Eksesais Iron Thunder uji tahap kompetensi anggota Skuadron Armor (Para)

Eksesais Iron Thunder uji tahap kompetensi anggota Skuadron Armor (Para)

by Air Times News Network

GEMAS, 1 Ogos – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah melaksanakan latihan Eksesais IRON THUNDER siri 1/2022 bagi menguji tahap kompetensi anggota Skuadron Armor (Para) di kawasan Lapang Sasar Asahan pada 20 hingga 23 Julai lalu.

Buletin 10 Briged (Para) dalam hantaran di media sosialnya berkata, tujuan latihan dilaksanakan adalah untuk mengekalkan tahap kesiagaan latihan pegawai dan anggota Skuadron Armor (Para) supaya sentiasa berada di tahap yang tertinggi pada sebilang masa.

“Pengekalan dan peningkatan kepada Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) mengikut proses serta prosedur turut diaplikasikan,

“Senario latihan yang direncanakan adalah berpandukan kepada elemen bantuan tempur Aturgerak 𝘗𝘢𝘳𝘢 𝘉𝘢𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 (PBG) dalam menguasai dan mempertahankan titik penting dalam satu tempoh yang ditetapkan sebelum 𝘉𝘢𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘏𝘢𝘯𝘥 𝘖𝘷𝘦𝘳 (BHO) serta 𝘉𝘳𝘦𝘢𝘬 𝘖𝘶𝘵 dijayakan dengan elemen tempur formasi lain,” katanya.

Menurutnya, latihan ini turut melibatkan Aturgerak Kompeni Perubatan (Para) sebagai elemen khidmat yang berperanan sebagai 𝘍𝘰𝘳𝘸𝘢𝘳𝘥 𝘚𝘶𝘳𝘨𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘛𝘦𝘢𝘮 (FST) untuk memastikan anggota yang tercedera di barisan tempur hadapan dapat di buat penarikan keluar secara taktikal. – airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply