Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Judi siber, salah guna dadah jejas prestasi kerja dan imej tentera

Judi siber, salah guna dadah jejas prestasi kerja dan imej tentera

by Air Times News Network

SARAWAK, 6 Jul – Seramai 32 pegawai dan 143 anggota di bawah naugan Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) telah menghadiri Program Roadshow Pencegahan Judi Siber dan Penyalahgunaan Dadah Peringkat 1 Div di Dewan Bukavu, Kem Penrissen, semalam.

1 Div dalam hantaran di media sosialnya berkata, objektif program ini untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran terhadap gejala-gejala negatif yang mampu menjejaskan prestasi kerja.

Kegiatan judi siber dan penyalahgunaan dadah ini juga menjejaskan imej tentera dikalangan pegawai dan anggota.

Selain itu, program ini bertujuan meningkatkan tahap kefahaman anggota berhubung aspek perundangan awam dan peranan agensi yang terlibat dalam menangani gejala negatif ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Pemangku Ketua Staf 1 Div, Leftenan Kolonel Suhaimi Kamarul Ariffin.

Turut diadakan, sesi taklimat oleh agensi awam dan tentera yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (PEMADAM) dan Cawangan Siasatan Jenayah (CSJ) Zon Sarawak. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply