Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais RIMPAC medan perkongsian ilmu, tingkat keupayaan tempur 18 RAMD Para

Eksesais RIMPAC medan perkongsian ilmu, tingkat keupayaan tempur 18 RAMD Para

by Air Times News Network

HAWAII, 1 Jul – Eksesais RIMPAC 2022 menjadi medan perkongsian ilmu dan pengalaman bagi mempertingkatkan keupayaan tempur 10 Briged (Para) khasnya dan Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Para amnya.

18 RAMD (Para) dalam hantaran di media sosialnya berkata, eksesais ini diadakan di sekitar Kepulauan Hawaii yang bermula semalam sehingga 6 Ogos ini.

Terdahulu, Pegawai Gerakan Pasukan selaku Pegawai Koordinasi Eksesais iaitu Mejar Nur Muhamad Husin telah membuat kunjungan hormat ke atas Pegawai Memerintah Marine Corps Base Hawaii (MCBH), Kolonel Speros C. Koumparakis di Kanoehe Bay, Oahu, Hawaii, Amerika Syarikat.

“Kunjungan hormat ini bagi menyatakan penghargaan diatas segala bantuan dan kerjasama daripada United States Marine Corps (USMC) dan berharap agar eksesais RIMPAC akan berjalan dengan lancar serta jayanya,” kata hantaran itu. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply