Home Semasa UM kekal kedudukan 100 universiti teratas di dunia

UM kekal kedudukan 100 universiti teratas di dunia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Universiti Malaya (UM) berjaya menggekalkan kedudukan 100 universiti teratas di dunia dengan berada di tangga ke 70 berbanding tahun lepas ke 65.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Doktor Noraini Ahmad berkata, ia berdasarkan laporan Quacquarelli Symonds (QS) World Universiti Rankings (WUR) 2023 edisi ke 19 yang dikeluarkan pada 9 Jun lepas.

Beliau menjelaskan, buat pertama kalinya sebanyak 24 Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia telah tersenarai dalam penarafan ranking pada tahun ini.

Jelasnya, penarafan kali ini merupakan satu pencapaian tertinggi negara.

“Prestasi IPT yang ditunjukan seperti 10 universiti berjaya mengekalkan kestabilan setiap tahun, 9 berjaya membaiki kedudukan, 3 telah mencatatkan penurunan dan 2 adalah penyertaan baharu,

“Penilaian ini berpandukan 6 petunjuk prestasi utama iaitu reputasi akademik (40%), reputasi majikan (10%), nisbah pelajar dan pensyarah (20%), sitasi pensyarah (20%), pensyarah antarabangsa (5%),” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya lagi, 12 daripada 24 universiti telah berjaya meningkatkan skor reputasi akademik (AR) berdasarkan kepada tinjauan 151 ribu ahli akademik manakala skor reputasi majikan (ER) berdasarkan tinjauan 99 ribu majikan dan pengurus pengambilan pekerja.

Dalam pada itu, Universiti awam (UA) dan swasta juga menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan dengan kedudukan 300 terbaik dunia.

“Kementerian Pengajian Tinggi yakin dan percaya UA dan universiti swasta di Malaysia mampu berdaya saing sebaris dengan universiti terkemuka di dunia di masa hadapan,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply