Home Semasa JIM cari lelaki bantu perbicaraan di Mahkamah Khas PATI

JIM cari lelaki bantu perbicaraan di Mahkamah Khas PATI

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu kes perbicaraan di Mahkamah Khas pendatang asing tanpa izin (PATI) Semenyih.

JIM dalam satu kenyataan berkata, individu tersebut dikenali sebagai Mazly Anuar berumur 47 tahun, nombor kad pengenalan 750504-10-5803.

Menurut kenyataan itu, alamat terakhir beliau di No. 16, Kampung Baru Lanjut, 43900 Sepang, Selangor.

“Individu dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Khas PATI Semenyih berhubung satu kes pendakwaan dibawah syeksen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Akta 55),

“Orang ramai yang mempunyai maklumat dimohon supaya dapat menghubungi terus Timbalan Penolong Pengarah Kanan (TPPK) Mohd Azamuddin Long, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan JIM,” katanya.

Tambahnya, sekiranya orang ramai mempunyai maklumat boleh hubungi di talian 03-888801338/1330, pada waktu pejabat dan bilik gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply