Home Semasa OKT mati dalam lokap Kuantan akibat jangkitan paru-paru kronik, positif COVID-19

OKT mati dalam lokap Kuantan akibat jangkitan paru-paru kronik, positif COVID-19

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Apr – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kematian seorang lelaki warga tempatan di lokap Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, Sabtu lepas berpunca daripada ‘acute on chronic lung infection with underlying pulmonary tuberculosis with COVID-19’.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad dalam kenyataan berkata, perkara itu disahkan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), yang menjalankan bedah siasat ke atas tahanan tersebut, semalam.

“Kesimpulan awal daripada pemerhatian doktor mendapati status kematian adalah akibat ‘acute on chronic lung infection with underlying pulmonary tuberculosis with COVID-19,

“Bedah siasat itu turut tidak menemui sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Lelaki berusia 42 tahun itu yang merupakan orang kena tahan (OKT) yang disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Kuantan pada 6.35 petang, Sabtu.

Dalam pada itu, Azri berkata, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner untuk keputusan.

Pada 21 Mac lepas, Azri berkata, lelaki terbabit telah dihantar ke lokap berkenaan bagi menjalani hukuman penjara selama 8 bulan atas kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menghadapi pertuduhan di mahkamah pada 14 April ini bagi kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) akta yang sama.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply