Home Semasa RUU Anti Lompat Parti: Rakyat mual dengan kegelojohan politik pengkhianat – Anwar

RUU Anti Lompat Parti: Rakyat mual dengan kegelojohan politik pengkhianat – Anwar

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Apr – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tidak semua ahli politik sanggup menggadai maruah dan diri semata-mata kerana kedudukan serta wang ringgit.

Menurutnya, berpegang kepada prinsip tersebut, beliau menggesa Rang Undang-Undang (RUU) terutamanya berkaitan isu lompat parti dibahaskan dan diluluskan Parlimen.

Tegasnya, beliau berharap dengan keputusan memperincikan peruntukan dalam RUU tersebut, ia sedikit sebanyak memulihkan semangat dan kepercayaan rakyat kepada ahli politik.

“Kita tidak boleh nafikan bahawa ada persepsi negatif terhadap orang-orang politik sekarang,

“Ada sebahagian rakyat, terutama elemen yang sedar, yang berasa mual dengan kegelojohan politik yang sanggup umpamanya mengkhianati amanah,

“Mereka lakukan itu semata-mata kerana janji sogokan sama ada wang atau kedudukan,

“Persepsi ini menyeluruh dan ini menyentuh kepada semua sehingga orang tak terlibat turut terpalit,

“Antara persepsi negatif ini adalah kerana adegan perilaku lompat parti itu menjadi perkara biasa sepanjang beberapa tahun lalu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata demikian ketika membahaskan RUU Perlembagan (Pindaan) (No 3) 2022 pada mesyuarat khas Dewan Rakyat di Parlimen, pada Isnin.

Tambah beliau, sekiranya RUU tersebut dilaksanakan, rakyat boleh menggunakan peruntukan dalam RUU itu untuk menetapkan calon yang mereka yakin tidak mungkin akan mengkhianati amanah diberikan.

“Saya percaya pindaan ini juga akan memulihkan keyakinan bukan saja kepada orang politik tapi kepada sistem demokrasi dalam negara,” ujarnya.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, RUU Anti Lompat Parti dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada Julai ini.

Menurut beliau lagi, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk meneliti dan mengubal RUU itu, dengan anggotanya terdiri daripada wakil pembangkang, kerajaan dan mungkin ahli akademik yang pakar dalam Perlembagaan.- airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply