Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PRU-15: Bersatu beri mandat Muhyiddin bincang strategi bersama parti lain

PRU-15: Bersatu beri mandat Muhyiddin bincang strategi bersama parti lain

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Apr – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi mandat penuh untuk membincangkan strategi parti bersama parti politik lain untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, keputusan itu diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dipengerusikan Muhyiddin, semalam yang memfokuskan kepada perbincangan perkembangan semasa politik tanah air.

“MPT BERSATU antara lain membincangkan hal-hal berkenaan pengurusan parti, perkembangan politik tanah air dan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan pada 12 Mac lalu,

“Sehubungan itu, MPT Bersatu memutuskan untuk memberikan mandat penuh kepada Biro Politik yang dipengerusikan Presiden untuk membincangkan strategi parti bagi menghadapi PRU akan datang bersama parti politik lain,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Terdahulu, mesyuarat yang berlangsung semalam itu telah dipengerusikan oleh Muhyiddin sendiri.

Sebelum ini, media melaporkan Bersatu telah mengusulkan kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Difahamkan, pertemuan antara Muhyiddin dan Dr Mahathir dilaporkan berlangsung kira-kira 2 minggu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu.

Namun, sehingga kini, Tun Mahathir berkata, PEJUANG belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu, namun membayangkan beliau tidak bersetuju dengannya.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, Muhyiddin sebelum ini telah menikamnya dari belakang dan menyebabkan beliau tidak menjadi Perdana Menteri lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply