Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 10 Skn RAJD Para laksana Program Jiwa Murni perkukuh hubungan penduduk setempat

10 Skn RAJD Para laksana Program Jiwa Murni perkukuh hubungan penduduk setempat

by Nurulhuda

SUNGAI UDANG, 29 Mac -Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui pasukan 10 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (10 Skn RAJD Para) telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) di Padang Bola Taman Indah pada Ahad lalu.

10 Skn RAJD Para berkata, anggotanya telah melaksanakan gotong-royong dengan melakukan pembersihan kawasan dan meratakan tanah di padang bola tersebut.

“10 Skn RAJD (Para) telah membantu masyarakat taman ini untuk meratakan tanah dan membersihkan kawasan. Pasukan juga turut memberi bantuan KJC dan tenaga kerja,

“Objektif utama program ini adalah untuk menjaga hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat selaras dengan usaha mendukung Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat dengan Awam,” jelasnya.

Sementara itu, wakil penduduk Taman Indah turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada 10 Skn RAJD (Para) dan menyatakan bahawa kerjasama sebegini wajar diteruskan agar masyarakat serta tentera mempunyai hubungan yang baik.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply