Home Pertahanan dan Keselamatan Penggantian aset pertahanan: Jangan sudah terhantuk baru tengadah – Panglima

Penggantian aset pertahanan: Jangan sudah terhantuk baru tengadah – Panglima

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=isavu0Ix3Iw[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM hari ini menegaskan usaha penggantian aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang usang perlu diberikan perhatian dengan lebih serius.

“Perkara ini adalah penting kerana dengan melihat keadaan geostrategik yang tidak menentu, adalah lebih baik untuk kita bersedia sebelum sesuatu yang tidak diingini terjadi,

“ATM perlu diberikan keutamaan untuk memperbaharui dan menukar aset-aset yang telah lama ini,” katanya semasa wawancara eksklusif bersama Air Times di Pameran DSA dan NATSEC Asia 2022.

Menurut Panglima Angkatan Tentera, kebanyakan aset-aset yang sedia ada dalam ATM telah pun melebihi 20 atau 30 tahun.

“Aset-aset lama ini perlu ditukar kerana ia telah melalui zamannya,

“Tambahan pula, kita telah menghadapi beberapa isu di luar kawalan seperti bajet,” jelas beliau.

Beliau menambah, isu keusangan aset perlu ditangani dengan serius kerana ianya akan memberikan impak kepada tahap perlindungan kedaulatan negara Malaysia.

“Pada pandangan saya, sudah tepat pada masanya untuk kita melihat secara serius penggantian aset-aset usang ini supaya keupayaan kita dari segi keselamatan dan pertahanan dapat terjaga,

“Ini bagi memastikan kedaulatan negara kita sentiasa dapat dilindungi,” tegasnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!