Home Semasa Polis serbu premis tawar khidmat seks warga asing, 13 individu diberkas

Polis serbu premis tawar khidmat seks warga asing, 13 individu diberkas

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur menerusi Operasi Noda telah membuat serbuan ke atas sebuah premis yang dijadikan sarang pelacuran di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua JPJKK, Senior Asisten Komisioner Datuk Azman Ayob berkata, siasatan mendapati premis berkenaan beroperasi dengan menyediakan perkhidmatan pelacuran wanita warga asing.

“Hasil serbuan pasukan berjaya menahan seramai 6 orang lelaki warga tempatan, seorang lelaki warga Indonesia serta 6 orang perempuan warga Vietnam,

“Pemeriksaan lanjut dijalankan telah merampas sebanyak 130 keping kondom, 2 buah telefon bimbit, wang tunai sejumlah RM340 serta beberapa barang dipercayai digunakan bagi tujuan pelacuran,” jelas beliau dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Kecil (IPK) KL bagi siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 373 KK, (1) (C) Akta IMG 1959 (PIN 2002).

“Sebarang maklumat berkaitan perilaku jenayah boleh terus disalurkan ke aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP),” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply