Home Pertahanan dan Keselamatan PDRM naiktaraf pangkalan data sistem laporan polis

PDRM naiktaraf pangkalan data sistem laporan polis

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menaiktaraf Integrated Police Reporting System (IPRS) iaitu sistem penerimaan laporan polis kepada versi terkini.

Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi), Jabatan Logistik dan Teknologi PDRM, Deputi Komisioner Polis Datuk Shukri Abdullah berkata, IPRS kini dalam proses naiktaraf perkakasan, perisian dan pangkalan data demi penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Kerja-kerja penyelenggaraan telah dijalankan secara berfasa mulai 19 Mac 2022,

“Memo dalaman berhubung kerja-kerja ini telah diedarkan pada 15 Mac 2022 agar persediaan sistem manual digunakan di mana-mana formasi PDRM jika terhadapnya gangguan mengakses IPRS,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Jelasnya, proses menaiktaraf pangkalan data ini adalah sepertimana yang telah ditetapkan di dalam kontrak penyelenggaraan sistem tersebut.

“Pihak syarikat yang dilantik sedang menjalankan konfigurasi dan troubleshooting bagi isu-isu teknikal yang berbangkit ekoran proses migrasi data yang besar,

“Sebarang kesukaran mengakses IPRS merupakan gangguan sementara dan proses penyelenggaraan dijangka selesai dalam tempoh terdekat,” jelasnya.

Tambah Shukri, PDRM mempunyai mekanisme proses kerja secara manual bagi memastikan kesukaran mengakses IPRS tidak menjejaskan penerimaan laporan polis.

“Orang ramai yang perlu membuat laporan masih boleh berurusan seperti biasa di mana-mana balai polis,” tambahnya.

Terdahulu, PDRM telah mengesan mesej tular di media sosial yang mendakwa IPRS sedang mengalami ganguan teknikal untuk diakses di seluruh negara.

Related Articles

Leave a Reply