Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Latihan Perang Pangkor perkasa kesiagaan, keupayaan armada TLDM

Latihan Perang Pangkor perkasa kesiagaan, keupayaan armada TLDM

by Nurulhuda

LUMUT, 18 Mac – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan Latihan Perang Pangkor siri 11/22 bagi memperkasa tahap kesiagaan dan keupayaan armada serta warga dalam melaksanakan tugasan teras di lapangan.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) berkata, latihan yang disertai oleh 2 aset TLDM iaitu KD LAKSAMANA HANG NADIM dan KD KERIS serta disokong oleh Fast Combat Boat TLDM ini telah diadakan di perairan Selat Melaka pada Khamis.

“MPAB terus mempamerkan komitmen jitu dalam meneruskan kesinabungan latihan kesiagaan yang dilaksanakan secara berkala menerusi Latihan Latihan Perang Pangkor siri 11/22,

“Pelbagai siri latihan telah diterjemahkan meliputi aspek latihan Navigasi, Komunikasi, Ilmu Kelautan dan Peperangan,

“Latihan Mengawal Kebanjiran dan Melawan Api (MKKA) turut dilaksanakan bagi menguji tahap ketersediaan warga kapal dalam menghadapai sebarang kemungkinan luar jangka dalam situasi sebenar di lapangan,” jelas MPAB dalam kenyataan.

Tambah MPAB, setiap siri latihan yang dilaksanakan dinilai oleh Tim Penilai dari bahagian Kesiagaan MPA Barat dalam memastikan setiap latihan yang terlaksana menepati piawaian yang ditetapkan.

Menurutnya, latihan kesiagaan ini adalah merupakan sebuah pendekatan efektif yang digunapakai bagi mengekalkan tahap profesionalisme warga untuk sentiasa berada pada tahap yang tertinggi dalam mendepani sebarang situasi konflik atau peperangan sebenar.

“Latihan berkala secara berterusan akan terus dilaksanakan dalam memastikan armada TLDM sentiasa berada ditahap kesiagaan yang tertinggi serta mampu menangani ancaman pada sebilang masa,” ujarnya. -airtimes.my

Galeri gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply