Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Pasca banjir: 16 RAMD bantu bersih kediaman, fasiliti awam terjejas banjir

Pasca banjir: 16 RAMD bantu bersih kediaman, fasiliti awam terjejas banjir

by Nurulhuda

HULU TERENGGANU, 8 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) meneruskan misi pasca banjir bagi memberi bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat bencana tersebut di beberapa daerah di negeri Pantai Timur Semenanjung baru-baru ini.

TDM menerusi hantaran di media sosialnya berkata, anggota dari Batalion Ke-16 Rejimen Askar Melayu Diraja (16 RAMD) telah diaturgerak membantu membersihkan kediaman mangsa banjir di Kampung Kuala Menjing pada pada Isnin.

“Bantuan ini turut mendapat kerjasama daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melibatkan kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan FRU daerah berkenaan,

“Kerja-kerja pembersihan melibatkan fasiliti awam dan sekitar kampung yang terjejas.Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir di kawasan terbabit,” jelas hantaran itu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply