Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat cekup 4 lelaki disyaki penagih, edar dadah

Tentera Darat cekup 4 lelaki disyaki penagih, edar dadah

by Nurulhuda

LUNDU, 23 Feb – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menahan 4 lelaki warga tempatan kerana disyaki penagih dan mengedar dadah di Sektor Pos Imbangan Ladang Dafa, berhampiran sempadan Indonesia – Malaysia, semalam.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dalam kenyataan menjelaskan, 4 lelaki yang berumur 20 hingga 42 tahun itu ditahan bersama 2 paket kecil disahkan dadah jenis syabu Methamphetamine.

“Anggota bertugas telah mengesan kehadiran sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang mencurigakan dari arah sempadan Malaysia – Indonesia,

“Hasil pemeriksaan mendapati 4 individu lelaki warga tempatan berusia 20 hingga 42 tahun yang membawa 2 paket kecil disahkan sebagai dadah jenis syabu bersama barangan menghisap dadah,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan lanjut turut mendapati individu tersebut turut menjual dadah kepada warga negara Indonesia dan pekerja ladang.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 70,300.00 melibatkan kenderaan pacuan 4 roda serta 2 paket kecik syabu (Methamphetamine).

Kesemua mereka bersama barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu untuk siasatan selanjutnya.

1 Div menjelaskan, pihaknya, terus kekal siaga dan komited mengawal keselamatan serta
memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

“Ia terutama dalam memastikan tiada sebarang pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) mahupun sebarang bentuk jenayah rentas sempadan berlaku yang berisiko menyumbang kepada penularan wabak COVID-19,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply