Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Program Jiwa Murni: 11 RGK bantu baiki rumah penduduk OKU

Program Jiwa Murni: 11 RGK bantu baiki rumah penduduk OKU

by Air Times News Network

KUANTAN, 21 Feb – Seramai 3 pegawai dan 13 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari Skuadron Sierra 11 Rejimen Gerak Khas (Skn Sierra 11 RGK) terlibat dalam Program Jiwa Murni (PJM) di Felda Sungai Panching, Kuantan pada Sabtu.

Skn Sierra 11 RGK berkata, PJM ini adalah bagi membaiki bumbung rumah penduduk yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) di kawasan Eksesais Tedung Bara Siri 1/2022.

“Aktiviti seumpama ini bertepatan dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam,” katanya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply