Home Semasa COVID-19: 21,072 kes baharu direkodkan hari ini

COVID-19: 21,072 kes baharu direkodkan hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Jumlah jangkitan baharu COVID-19 hari ini menurun sedikit kepada 21,072 berbanding 22,802 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosialnya berkata, penambahan itu menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di Malaysia mencecah 3,040,235 kes setakat ini.

Dr Noor Hisham menjelaskan, daripada jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini, 20,986 iaitu 99.49 peratus kes terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Sebanyak 58 kes (0.28%) adalah ketegori 3, manakala 20 kes (0.09%) kategori 4 dan 8 kes (0.04%) adalah kategori 5,” jelasnya pada Ahad.

Semalam, Malaysia merekodkan sebanyak 22,802 kes baharu COVID-19 dengan 15 kematian. Ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kematian akubat wabak itu meningkat kepada 32,114 kes. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply