Home Semasa Terus meningkat, 13,944 kes baharu COVID-19

Terus meningkat, 13,944 kes baharu COVID-19

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus meningkat kepada 13,944 dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di media sosialnya berkata, pertambahan jangkitan baharu ini sekaligus mencatatkan kes kumulatif wabak berkenaan meningkat kepada 2,939,198.

Semalam, Malaysia mencatatkan sebanyak 11,034 kes jangkitan baharu dengan 9 kematian dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini 32,034 orang, daripada 2.9 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini. – airtimes.my

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply