Home Pertahanan dan Keselamatan PGA rampas rokok seludup bernilai RM283,772

PGA rampas rokok seludup bernilai RM283,772

by Air Times News Network

SEREMBAN, 8 Feb – Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun bersama 1,450 karton rokok seludup bernilai RM283,772, semalam.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, Deputi Suprintenden Polis Salehin Suleiman berkata, serbuan dilakukan di sebuah premis di kawasan perumahan di Park Avenue, pada jam 3.30 petang.

“Serbuan ini telah berjaya melumpuhkan satu rangkaian sindiket pengedaran rokok seludup di sekitar Seremban,

“Pihak polis menyeru masyarakat agar dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Tambahnya lagi, kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 dan suspek ditahan selama 14 hari bagi membantu sisatan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply