Home SemasaGlobal 7 terkorban dalam nahas pesawat di Nazca Lines

7 terkorban dalam nahas pesawat di Nazca Lines

by Air Times News Network

LIMA, 5 Feb – Sekurang-kurangnya 7 orang dilaporkan terkorban termasuk anak kapal selepas sebuah pesawat ringan jenis Cessna 207 terhempas di tapak arkeologi Nazca Lines berhampiran lapangan terbang Maria Reiche, bandar Nazca, pada Jumaat.

Menurut laporan Reuters, Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi dalam satu kenyataan berkata seramai 3 pelancong Belanda, 2 pelancong Chile dan 2 anak kapal Peru dilaporkan maut.

“Akibat daripada kemalangan itu tiada mangsa yang terselamat dan punca nahas masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua polis Nazca, Komander Edgar Espinoza memaklumkan bahawa pesawat itu terbakar selepas terhempas.

Nazca Lines merupakan sebuah wilayah seluas 400 kilometer persegi (250 batu persegi) yang terletak kira-kira 450 km ke selatan ibu kota Lima di antara bandar Nazca dan Palpa.

Merupakan tapak warisan dunia UNESCO yang menempatkan ratusan geoglyph gergasi sejak lebih 2,000 tahun lalu dan menjadi salah satu tarikan pelancong paling popular di Peru. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply