Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Indonesia cekup 20 PATI tunggu giliran masuk Malaysia

Polis Indonesia cekup 20 PATI tunggu giliran masuk Malaysia

by Air Times News Network

MEDAN, 5 Feb – Polis Tanjung Balai berjaya menahan seramai 20 individu pendatang asing tanpa izin (PATI) di sebuah rumah dan disyaki cuba memasuki Malaysia secara haram, pada Khamis.

Jurucakap Polis, Ahmad Dahlan Panjaitan berkata, kesemua PATI berjaya ditahan dalam satu operasi.

Beliau berkata, serbuan dibuat selepas mendapat maklumat berkaitan sekumpulan PATI yang bersembunyi di sebuah rumah penduduk setempat di Datuk Bandar, Tanjung Balai.

“Daripada jumlah itu, seramai 7 wanita dan 13 lelaki ditahan,

“Kesemuanya berasal dari pelbagai wilayah termasuk Sumatera, Jawa dan Nusa Tenggara Timur,” katanya.

Menurut beliau, kesemua 20 PATI yang ditahan sedang menunggu giliran untuk masuk ke Malaysia dengan menggunakan jalan haram. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply