Home SemasaGlobal Presiden Armenia letak jawatan

Presiden Armenia letak jawatan

by M.Daim

YEREVAN, 24 Jan – Presiden Armenia, Armen Sarkissian telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dari menerajui negara itu, semalam.

Pengumuman peletakan jawatan telah disiarkan di laman rasmi Pejabat Presiden Armenia.

“Ia merupakan satu perkara yang telah lama difikirkan. Saya telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden Armenia selepas 4 tahun,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, Armen turut menyatakan peranan seorang presiden di negara itu tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya berikutan kecelaruan perlembagaan.

Beliau menambah, Presiden dianggap sebagai musuh oleh semua parti politik dan jawatan tersebut tidak memberi sebarang pengaruh terhadap situasi semasa negara itu.

Armenia sebelum ini menyaksikan protes besar-besaran terhadap kerajaan Perdana Menteri Pashinyan selepas negara itu akur untuk berundur dari wilayah Nagarno-Karabakh pada November lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply