Home Semasa OKT mati dalam lokap akibat paru-paru berair – Polis

OKT mati dalam lokap akibat paru-paru berair – Polis

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Kematian seorang lelaki yang juga orang kena tahan (OKT) di dalam lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Komisioner Polis Datuk Azri Ahmad berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan punca kematian adalah paru-paru berair.

“Bedah siasat telah djalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada Isnin mendapati tiada sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan punca kematian OKT berusia 37 tahun itu adalah paru-paru berair,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Azri memaklumkan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Pada Ahad, seorang lelaki berusia 37 tahun yang ditahan atas dakwaan kesalahan dadah ditemukan meninggal dunia dalam lokap balai polis Pengkalan Chepa.

Menurutnya, USJKT JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berhubung kes ini bermula semalam. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply