Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Murni: Tentera Darat beri bantuan bawa 23 pelajar sekolah naik bot tempur

Op Murni: Tentera Darat beri bantuan bawa 23 pelajar sekolah naik bot tempur

by Air Times News Network

JELEBU, 10 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD) memberi bantuan membawa 23 orang pelajar sekolah dari Kampung Bemban, Simpang Durian menaiki bot tempur untuk menyeberangi sungai yang terputus hubungan melalui jalan darat akibat banjir baru-baru ini.

TDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, banjir besar yang melanda daerah tersebut telah mengakibatkan jambatan yang menjadi laluan ke kampung itu telah runtuh.

Menurut TDM, sebuah jambatan bailey dijangka akan dibina oleh Markas Rejimen Askar Jurutera 3 Divisyen untuk membantu kemudahan perhubungan penduduk kampung berkenaan.

“Bantuan penghantaran para pelajar tersebut melibatkan pelajar-pelajar sekolah dari Sekolah Kebangsaan Durian Tipus, Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Teriang Hilir,” kata hantaran itu.

“Pelajar-pelajar sekolah yang menaiki bot tersebut seterusnya di bawa ke sekolah masing-masing dengan menggunakan van yang disediakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Jelebu,” ujarnya – airtimes.my

Galeri gambar:

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply