Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Program Jiwa Murni: 10 RAMD serah sumbangan pakaian kepada penduduk setempat

Program Jiwa Murni: 10 RAMD serah sumbangan pakaian kepada penduduk setempat

by Nurulhuda

SEMPORNA, 29 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Batalion Kesepuluh Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD) telah menjalankan tanggungjawab sosial dengan melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) bagi mengeratkan hubungan dengan penduduk setempat.

Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, PJM Sumbangan Pakaian kepada penduduk di Semporna ini melibatkan penempatan di Pulau Sibuan, Pulau Danawan, Pulau Bohayen dan Pulau Manampilik.

Penyerahan sumbangan pakaian ini telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 10 RAMD, Leftenan Kolonel Mohd Faizul Azri Mohd Mudzari pada 28 Disember lalu.

“Objektif sumbangan ini diadakan adalah untuk menjalankan tanggungjawab sosial warga 10 RAMD kepada masyarakat awam terutamanya penduduk setempat,

“Ianya telah mendapat sambutan yang amat baik melalui bantuan agihan dari Ketua Kampung dan wakil penduduk,

“Kesemua pakaian ini adalah sumbangan dari anggota 10 RAMD dan badan bukan kerajaan (NGO) sekitar Batu Pahat, Johor,” ujarnya.

Tambah 7 Bgd, inisiatif ini telah diilhamkan oleh Pegawai Memerintah 10 RAMD sendiri dalam menyantuni golongan yang kurang berkemampuan.

“Semoga dengan adanya program seperti ini dapat meringankan beban bagi penduduk pulau yang memerlukan serta menyuntik semangat untuk mereka menjalani kehidupan yang lebih baik,

“Program yang diadakan ini bertepatan dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD ke 28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat dengan Orang Awam,” jelas 7 Bgd. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply