Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 9 RAMD Para rangkul Juara Pertandingan Para Challenge Tahun 2021

9 RAMD Para rangkul Juara Pertandingan Para Challenge Tahun 2021

by Nurulhuda

MELAKA, 20 Dis – Batalion Ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (9 RAMD) Para telah dinobatkan sebagai Juara Unit Besar Pertandingan Para Challenge Tahun 2021.

Manakala, Kompeni Bantuan (Para) pula dinobatkan sebagai Johan Unit Kecil dalam pertandingan tersebut.

Majlis penutup Pertandingan Para Challenge Tahun 2021 telah disempurnakan oleh Panglima Markas Briged Ke-10 Para (10 Bgd Para) Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal di Kem Terendak pada Sabtu lalu.

“Matlamat utama Para Challenge 2021 adalah untuk menanamkan semangat juang pertempuran yang tinggi dan tidak sesekali menyerah kalah untuk mencapai misi bagi seluruh warga 10 Briged (Para),

“Ianya juga bagi menguji kekuatan, ketahanan fizikal dan mental serta menerapkan nilai kepimpinan kotemporari yang terarah bagi melahirkan anggota- anggota Para yang kredibel termasuk kompeten menggalas tugas serta amanah negara,

Beliau menjelaskan latihan keras secara berterusan yang sistematik seperti ini adalah sebagai panduan utama kepada ketumbukan Para di dalam memastikan kesiagaan berada pada tahap yang tertinggi.

“Setiap pendedahan dan pengalaman latihan yang dilalui hendaklah dijadikan panduan kepada penambahbaikan bagi seluruh warga 10 Bgd Para agar kekal bersemangat untuk terus maju pada masa hadapan,” jelasnya dalam hantaran dalam Facebook 10 Bgd Para, pada Ahad.

Pertandingan Para Challenge Tahun 2021 yang melibatkan penyertaan semua pasukan di bawah pemerintahan 10 Bgd Para ini telah diadakan pada 13 hingga 17 Disember lalu di sekitar kawasan am Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.

Sebanyak 8 disiplin utama telah digariskan dalam pertandingan ini iaitu Pendakian Gunung Ledang, Pandu Arah, jalan lasak, menyeberangi sungai, ujian kepimpinan, latihan pengusungan tempur dan pertandingan menembak.

Turut hadir, Timbalan Panglima 10 Bgd Para, Kolonel Khairuddin Zakaria, Ketua Staf Am MK 10 Bgd Para dan seluruh warga 10 Briged Para. -airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply