Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 4 wanita antara 7 PATI Myanmar ditahan cuba masuk sempadan negara

4 wanita antara 7 PATI Myanmar ditahan cuba masuk sempadan negara

by Nurulhuda

KUALA NERANG, 16 Dis – Seramai 4 orang wanita bersama 3 lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) kerana cuba menceroboh masuk negara melalui lorong tikus di sempadan Malaysia-Thailand pada Rabu.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) dalam kenyataan berkata, penahanan dibuat setelah anggota ronda mengesan 7 orang PATI yang berjalan di denai bukit laluan balak, pada jam 1.25 petang.

Kumpulan ronda telah bertindak menahan kumpulan tersebut untuk pemeriksaan dan mendapati mereka tidak memiliki kad pengenalan Malaysia serta disyaki PATI.

“Anggota ronda telah menahan kesemua PATI dan telah dibawa ke Kem Sahara untuk siasatan awal,

“Hasil siasatan mendapati, kesemua mereka merupakan PATI warganegara Myanmar yang berusia dalam lingkungan umur antara 17 tahun ke 39 tahun yang cuba memasuki negara Malaysia melalui sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand dengan menggunakan laluan yang tidak sah,” jelas kenyataan itu.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM3,237.06 melibatkan matawang Malaysia, matawang Myanmar, matawang Thailand, telefon bimbit dan barang kemas.

“Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya.

Menurut 2 Div, pihaknya sentiasa meningkatkan kesiagaan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melakukan jenayah dan membolosi sempadan negara. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply