Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Anggota Tentera Darat terlibat kes buli akan diberhentikan – Zamrose

Anggota Tentera Darat terlibat kes buli akan diberhentikan – Zamrose

by Nurulhuda

PORT DICKSON, 13 Dis – Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang terlibat dan didapati bersalah melakukan jenayah buli serta menganiaya anggota lain akan diberhentikan serta-merta.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain menegaskan, amaran itu diberikan bagi mengelakkan gejala sedemikian menular dalam warga TDM.

“Saya mengetahui perkara itu berikutan adiknya dibuli melalui aplikasi WhatsApp, maklumat itu sampai pada saya. Bagaimanapun, saya hanya boleh bertindak apabila dapat butir-butir terperinci, pengadu tidak menjelaskan adiknya di unit mana untuk kami menjalankan siasatan,

“Sekiranya ada mana-mana anggota tentera darat yang menganiaya atau membuli anggota-anggota dan kami menjalankan siasatan ternyata mereka bersalah, anggota yang terlibat boleh diberhentikan serta-merta secepat mungkin,

“Perkara ini tidak perlu dirujuk di Mahkamah Tentera dan akan diberhentikan secara pentadbiran,” katanya selepas Majlis Perasmian Galeri Panglima Tentera Darat (PTD) di Bangunan Markas Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tangkap layar mesej seorang individu yang dimuat naik melalui Twitter @pedoqpop, mendakwa adiknya iaitu seorang anggota tentera yang tinggal di dalam kem bujang dipukul dan dibuli sekumpulan anggota (tentera) senior, baru-baru ini.

Menerusi mesej itu, individu berkenaan turut mendakwa gaji dan wang simpanan adiknya habis kerana terpaksa membeli barangan keperluan untuk 12 hingga 14 anggota senior di kem tersebut.

Pada 2 Disember lalu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggesa individu yang membuat dakwaan tersebut tampil memberikan maklumat supaya siasatan menyeluruh berhubung perkara itu dapat dilaksanakan.

“Mohon individu disebalik mesej ini untuk DM butiran lebih terperinci terus kepada saya/hubungi pejabat saya segera,⠀

“Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan,” jelas Hishammuddin.

Menurut Hishammuddin, beliau telah mengarahkan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz supaya meneliti perkara tersebut secara peribadi.⠀

“Jika sahih, tindakan tegas akan diambil,” tegasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply