Home SemasaGlobal UAE beli 80 jet pejuang Rafale F4

UAE beli 80 jet pejuang Rafale F4

by Air Times News Network

PARIS, 4 Dis – Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah memesan sebanyak 80 buah jet pejuang Rafale F4 dari Perancis.

Syarikat pengeluar Rafale, Dassault Aviaiton dalam satu kenyataan berkata, kontrak perolehan pesawat telah dimeterai diantara pihak pembekal dengan kerajaan UAE.

“UAE menjadi negara luar Perancis untuk mengoperasikan jet pejuang Rafale F4,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, kontrak ini sekaligus memantapkan kerjasama antara UAE dan Dassault yang terjalin semenjak 45 tahun.

Rafale F4 merupakan standard terbaharu jet pejuang tersebut yang dilancarkan oleh Dassault Aviation pada tahun 2019.

Standard ini merupakan varian tingkat upaya yang memperkenalkan penggunaan radar AESA Thales RBE2, pod sasaran jarak jauh Thales TALIOS dan pod peninjau Reco NG.

Selain daripada itu, varian F4 turut mempunyai system komunikasi yang ditingkat upaya, system paparan yang diperbaharu, sistem kawalan enjin baharu.

Rafale F4 turut dilengkapi dengan sistem persenjataan baharu iaitu misil udara-ke-udara Mica Next-Generation (NG) dan bom panduan Sagem Armement Air-Sol Modulaire (AASM). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply