Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais Teguh Bersatu uji kompetensi anggota hadapi peperangan sebenar

Eksesais Teguh Bersatu uji kompetensi anggota hadapi peperangan sebenar

by Nurulhuda

NEGERI SEMBILAN, 22 Nov – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah melaksanakan Eksesais Teguh Bersatu siri 2/2021 bagi menguji kompetensi pegawai dan anggota Markas Garison Mersing dalam menghadapi senario peperangan sebenar di dalam kawasan terbina dengan menggunakan Sistem Virtual Training Simulator (VIRTSIM).

Menurut TDM, eksesais ini telah diadakan selama 5 hari bermula 15 hingga 19 November lalu yang dilaksanakan di Pusat Olah Perang Tentera Darat (POP TD).

“Seorang pegawai dan 25 anggota MK Garison Mersing terlibat dalam Eksesais Teguh Bersatu siri 2/2021 iaitu penggunaan VIRTSIM bagi operasi di kawasan terbina yang dilaksanakan di Pusat Olah Perang Tentera Darat (POP TD) mulai 15 hingga 19 November 2021,

“Mejar Jasmifaiezan Jalaludin dari Sel Simulator POP TD menyampaikan taklimat berkenaan situasi peperangan sebenar menggunakan VIRTSIM kepada pegawai dan anggota MK Garison Mersing,

“Objektif eksesais bertujuan untuk menguji kompetensi pegawai dan anggota MK Garison Mersing dalam menghadapi senario peperangan sebenar di dalam kawasan terbina dengan menggunakan sistem VIRTSIM,” jelas TDM dalam hantaran di media sosialnya.

 

Seorang pegawai dan 25 anggota Markas Garison Mersing terlibat dalam Eksesais Teguh Bersatu siri 2/2021 iaitu penggunaan Sistem Virtual Training Simulator (VIRTSIM) bagi operasi di kawasan terbina.

Menurut TDM, eksesais ini dimulakan dengan menonton pelaksanaan latihan VIRTSIM oleh pasukan lain, sesi penerangan dan demontrasi sut VIRTSIM oleh staf POP TD.

“Kemudian, acara diteruskan dengan pelaksanaan eksesais dan sesi After Action Review (AAR) bagi membolehkan anggota mengenalpasti dan memperbaiki setiap kesalahan serta kelemahan yang dilakukan semasa latihan melalui rakaman kamera VIRTSIM. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply