Home PolitikPakatan Harapan Pakatan Harapan kecewa keputusan Peguam Negara batal rayuan bebas Ku Nan

Pakatan Harapan kecewa keputusan Peguam Negara batal rayuan bebas Ku Nan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pakatan Harapan (PH) amat terkejut dan kecewa dengan keputusan Peguam Negara membatalkan rayuan terhadap keputusan membebaskan Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Mansor daripada dakwaan kes rasuah melibatkan penerimaan RM2 juta dari seorang ahli perniagaan pada 2016.

Majlis Presiden PH dalam kenyataan berkata, tindakan membatalkan rayuan ini mewujudkan persepsi yang sangat buruk dan menghakis kepercayaan umum terhadap institusi Peguam Negara malah mencemarkan kredibiliti dan kebebasannya untuk menjalankan tugas rasminya secara profesional.

“Majlis Presiden juga akan meneliti kemungkinan tindakan Peguam Negara ini melanggar Perjanjian Memorandum Persefahaman di antara PH dan Kerajaan, khususnya Perkara 4 berhubung Kebebasan Institusi Kehakiman,” katanya.

Kenyataan bersama ini dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden UPKP, Datuk Seri Madius Tangau.

Oleh itu, Majlis Presiden berpandangan keputusan Peguam Negara berhubung isu Tengku Adnan ini adalah salah dan mengecewakan.

“Kami menyedari bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa untuk memutuskan samada menarik balik rayuan tersebut atau tidak,

“Namun, di dalam kes ini yang melibatkan pertuduhan kewujudan unsur-unsur rasuah terhadap seorang Ahli Parlimen dan seorang bekas Menteri Persekutuan, rakyat menuntut agar rayuan kes tersebut didengar dan dihakimi sehinggalah segala process perundangan yang dibenarkan telah dilalui sepenuhnya,” ujarnya.

Menurutnya, Majlis Presiden akan terus meneliti tindakan-tindakan seperti ini dan mempertimbang langkah- langkah yang akan diambil sehingga kedudukannya dipertikaikan dan kewibawaannya tercalar.

“Sekiranya Peguam Negara tidak dapat menjustifkasikan keputusannya maka beliau harus letak jawatan,” jelasnya. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply