Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM bakal perolehi 3 helikopter AW139 tahun 2022

TLDM bakal perolehi 3 helikopter AW139 tahun 2022

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal menerima 3 buah Helikopter Operasi Maritim (HOM) jenis AW139 pada suku tahun kedua 2022.

TLDM menerusi hantaran di media sosialnya berkata, Mesyuarat Project Management Review (PMR) Ketiga kontrak perolehan 3 buah HOM TLDM telah diadakan di premis Leonardo Helicopter di Vergiate, Itali pada Khamis lepas.

“Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz bagi membincangkan status pembinaan dan kemajuan projek tersebut,” kata hantaran itu.

Delegasi Malaysia hadir pada Mesyuarat Project Management Review (PMR) Ketiga kontrak perolehan 3 buah HOM TLDM di premis Leonardo Helicopter di Vergiate, Itali

Turut hadir Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany; Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Roslan Mohd Yunus; Panglima Udara TLDM, Laksamana Pertama Ahmad Shafirudin Abu Bakar dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Datin Rashidah Mohd Sies.

“Delegasi dibawa melihat sendiri proses pemasangan helikopter dengan lebih dekat di final assembly line,

“Delegasi Malaysia turut berpeluang untuk mengikuti penerbangan bagi 2 buah HOM yang telah sedia untuk menjalani fasa pra-pemeriksaan penghantaran dalam masa terdekat,” ujarnya. – airtimes.my

Delegasi Malaysia turut berpeluang untuk mengikuti penerbangan bagi 2 buah HOM yang telah sedia untuk menjalani fasa pra-pemeriksaan penghantaran dalam masa terdekat

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply