Home Pertahanan dan Keselamatan Eksesais BW 21: ATM, tentera AS pertingkat kebolehoperasian operasi bersama

Eksesais BW 21: ATM, tentera AS pertingkat kebolehoperasian operasi bersama

by Nurulhuda

KUANTAN, 15 Nov – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Amerika Syarikat (AS) telah melaksanakan Eksesais BERSAMA WARIOR 2021 (Eksesais BW 21) bagi mempertingkatkan tahap kebolehoperasian anggota kedua-dua negara dalam melaksanakan operasi bersama.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) menerusi hantaran di media sosial rasminya berkata, majlis perasmian eksesais tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Asistan Ketua Staf J3 MK AB, Laksamana Pertama Shaiful Nizam Abdul Manan, di Auditorium Mat Kilau MK AB, hari ini.

Eksesais BW 21 dijadualkan berlangsung bermula 10 sehingga 23 November 2021 dan buat pertama kalinya Pusat Peperangan Bersama MK AB di Sungai Panching, digunakan untuk latihan bersama dengan Tentera AS.

“Objektif Eksesais pada kali ini menekankan kepada pelaksanaan Operasi Bersama, Operasi Keamanan, Bantuan Kemanusiaan, Operasi Anti Keganasan serta Keselamatan Maritim,

“Eksesais BW 21 diadakan secara STAFFEX dengan kolaborasi bersama US Indo-Pacific Command yg berpusat di Hawaii dan Washington National Guard,

“Ia akan memberi pendedahan kepada peserta dari ATM, berkenaan Multinational Force Standard Operations Procedures (MNF SOP) dan Military Decision Making Procedures (MDMP) yang akan diguna pakai dalam operasi bersama diantara Tentera AS dan negara-negara sahabat yang lain,” jelas Mk AB.

Menurut MK AB, seramai 64 orang perserta dari ATM dan 72 orang peserta dari Tentera AS terlibat dengan eksesais secara fizikal dan maya yang diadakan di 3 lokasi berbeza iaitu di Malaysia, Washington DC dan Hawaii.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply