Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat perluas pemberian dos penggalak di Sibu

Tentera Darat perluas pemberian dos penggalak di Sibu

by Nurulhuda

SIBU, 12 Nov – Seramai 709 orang terdiri daripada anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), penjawat awam Kementerian Pertahanan dan keluarga telah menerima vaksin dos penggalak (Booster Dose), semalam.

Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, program tersebut telah dilaksanakan secara pandu lalu di Padang Kawad Kem Oya 3 Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) pada 10 dan 11 November 21.

Melalui inisiatif Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), pemberian dos penggalak kepada anggota di barisan hadapan terutama anggota TDM yang bertugas bersama-sama agensi-agensi kesihatan dan keselamatan amat diperlukan terutama bagi anggota yang bertugas di persempadanan.

Pemberian dos penggalak ini telah dimulakan diseluruh negara bermula 13 Oktober yang lalu. Dos penggalak adalah dos yang diberikan untuk meningkatkan tahap imunisasi yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas mendapat dos lengkap dan bertujuan memastikan tempoh perlindungan yang optima diperolehi oleh penerima vaksin COVID-19.

Turut hadir menerima vaksin penggalak booster dos ketiga iaitu Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Shamshor Jaafar. Beliau juga turut meninjau perkembangan pemberian vaksin booster tersebut.

Menurutnya, program ini juga bertepatan dengan Tonggak Ke-5 Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu peningkatan hubungan Tentera Darat dengan Awam.-airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply