Home Pertahanan dan Keselamatan PDRM tumpaskan sindiket dadah antarabangsa bernilai RM1.9 juta

PDRM tumpaskan sindiket dadah antarabangsa bernilai RM1.9 juta

by Air Times News Network

JOHOR, 11 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket jenayah dadah antarabangsa yang dikesan menyembunyikan heroin di bawah timbunan ikan sejuk beku seberat 1.3 tan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, pihak polis telah membuat 4 serbuan berasingan iaitu di Kajang, Gelang Patah dan 2 di Pekan Nenas pada 6 November lalu.

Dalam serbuan tersebut, seramai 12 individu warga tempatan termasuk seorang wanita berusia 36 hingga 53 tahun telah ditahan dalam Operasi Lion Rock (Op Lion Rock).

Razarudin berkata, sindiket ini telah beroperasi sejak akhir tahun lalu yang mensasarkan pasaran Hong Kong.

“Jumlah dadah yang dirampas sebanyak 20.41kg dan bernilai RM1.9 juta,

“2 diantara 12 yang ditangkap merupakan dari kumpulan kongsi gelap yang masih lagi aktif di negeri Johor,” katanya pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor, hari ini.

Menurutnya, kesemua yang tahan direman sehingga 13 November untuk siasatan lanjut.

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan menyembunyikan dadah yang di bungkus nipis sebelum diletakkan di bawah tong ikan sejuk beku untuk dieksport menggunakan MASKargo ke Hong Kong,

“Berdasarkan siasatan, rampasan yang melibatkan sebanyak 20.41kg dadah jenis heroin bernilai RM1.9 juta itu merupakan kali ke 9 sindiket berkenaan membuat penghantaran ke Hong Kong,” ujarnya.

Razarudin berkata, pada 26 Oktober lalu, pihak Hong Kong telah mengesan cubaan penyeludupan dadah ke negara itu melalui perhubungan rangkaian telefon.

Hasil ujian saringan air kencing, kesemua yang ditahan didapati hanya seorang sahaja yang didapati positif dadah jenis methapetamine dan 4 daripadanya mempunyai rekod jenayah bersabit seksyen 39(B),

Menurutnya lagi, PDRM percaya bahawa sindiket ini juga merupakan pengedar dadah dengan rangkaian antarabangsa, dimana mereka turut mendapat permintaan daripada negara Australia.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply