PULAU PINANG, 11 Nov – Seramai 1,047 anggota tentera, penjawat awam Kementerian Pertahanan dan keluarga menerima suntikan vaksin dos penggalak dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), semalam.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, program tersebut telah dilaksanakan di Padang Kawad Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) pada 8 hingga 10 November ini.
“Seramai 80 petugas yang terdiri daripada pegawai dan anggota dari 804 Rumah Sakit Angkatan Tentera (804 RSAT) diaturgerakkan bagi memastikan segala persiapan serta pelaksanaan program vaksinasi pandu lalu di 2 RAMD berjalan lancar,
“Program ini juga bertetapan dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga yang menitikberatkan aspek kesihatan dan kesejahteraan kendiri anggota selain mengekang daripada penularan wabak penyakit COVID-19,” jelasnya.
Turut hadir, Komander Artileri Divisyen 2 Div (KAD 2 Div Arti), Kolonel Norazman Ismail.-airtimes.my