Home Pertahanan dan Keselamatan RMKe-12: ATM rancang perolehan pertahanan udara aras rendah dan sederhana – Hishammuddin

RMKe-12: ATM rancang perolehan pertahanan udara aras rendah dan sederhana – Hishammuddin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dilengkapkan dengan Sistem Peluru Berpandu Pertahanan Udara Jarak Dekat (Very ShortRange Air Defence Missile System – STARSTREAK VSHORAD) serta sistem pertahanan udara jarak dekat seperti Meriam Oerlikon 35mm dan Igla bagi memastikan kedaulatan ruang udara Malaysia sentiasa terpelihara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Tentera Darat Malaysia (TDM), juga telah membuat perancangan perolehan VSHORAD Man Portable Air Defense System (MANPADS) dan Short Range Air Defence (SHORAD) yang telah didaftarkan di dalam Rolling Plan Kedua (RP 2) Tahun 2022, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

Perolehan sistem pertahanan udara ini adalah bagi memperkukuhkan lagi kedaulatan ruang udara negara daripada anasir-anasir asing yang seringkali mencerobohi ruang udara negara.

“Manakala Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mempunyai perancangan bagi perolehan Surface to Air Missile (SAM) untuk TLDM dan Sistem Pertahanan Udara Jarak Sederhana (Medium Range Air Defence – MERAD) untuk TUDM,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus di Dewan Rakyat, Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Ke-14, semalam.

Hasanuddin meminta Hishammuddin menyatakan adakah kerajaan akan membuat perolehan peluru berpandu darat ke udara jarak sederhana seperti ASTER 30 milik Singapura, dan Norwegian Advanced Surface-to-Air Missile milik Indonesia, memandangkan ruang udara negara kerap diceroboh anasir asing yang telah merendahkan maruah Malaysia. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply