Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat PJM: Tentera Darat baik pulih rumah anggota dilanda musibah

PJM: Tentera Darat baik pulih rumah anggota dilanda musibah

by Air Times News Network

LOK KAWI, 10 Nov – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) bagi membantu Staf Sarjan (SSjn) John Somudin daripada 75 Woksyop Divisyen (75 Wksp Div).

5 Div menerusi hantaran di media sosialnya berkata, kediaman SSjn Jhon telah menerima musibah kebakaran pada 12 April lalu.

“Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Seri Datuk Zamrose Mohd Zain telah mengarahkan Formasi 5 Divisyen melalui kepakaran pasukan Skuadron Kelima Rejimen Askar Jurutera Diraja (5 Skn RAJD), 75 Wksp Div dan Rejimen Keenam Artileri Diraja (6 RAD) supaya pembinaan rumah SSjn John disegerakan,

“Pelaksanaan PJM ini juga dapat memberi keselesaan kepada anggota TDM dalam mengiktiraf khidmat bakti mereka serta sumbangan kepada yang memerlukan,” katanya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply