Home Pertahanan dan Keselamatan Sindiket penyeludupan rokok, minuman keras bernilai RM1.8 juta digagalkan

Sindiket penyeludupan rokok, minuman keras bernilai RM1.8 juta digagalkan

by Nurulhuda

Limbang, 10 Nov – Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras yang tidak bercukai dianggarkan bernilai RM1,888,176 di kawasan Taman Sentosa, Jumaat lalu.

Komander PPM Wilayah 5 Sarawak, Asisten Komisioner Polis (ACP) Zulfikar Mohd Ghazali berkata, taktik yang digunakan sindiket ini ialah menjadikan rumah sebagai gudang penyimpanan barang seludup.

“Serbuan yang dilakukan pegawai dan anggota PPM Limbang berdasarkan maklumat serta risikan yang diperoleh oleh Unit Risik Marin Limbang,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, suspek seorang lelaki tempatan juga telah berjaya ditangkap.

“Pelbagai jenis minuman keras dan rokok dipercayai tidak bercukai dirampas, kesalahan dilakukan di bawah Akta Kastam 1967,

“Sebuah van yang dijadikan salah satu tempat simpanan barangan tidak bercukai tersebut juga telah dirampas dan dibawa ke Markas PPM Limbang,

“Tangkapan dan rampasan tersebut diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang untuk siasatan dan tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Zulfikar mengingatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat penyeludupan di Sarawak boleh menghubungi pasukan keselamatan dengan segera.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply