Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Benteng: Tentera Darat rampas 678kg daun ketum di Kuala Nerang

Op Benteng: Tentera Darat rampas 678kg daun ketum di Kuala Nerang

by Air Times News Network

KUALA NERANG, 1 Nov – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya merampas 678 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM20,340 di Ladang Seraya, Kuala Nerang pada Sabtu lalu.

Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Bgd) dalam hantaran di media sosial berkata, rondaan trup TDM di bawah Operasi Benteng (Op Benteng) Zon Utara di sempadan Malaysia-Thailand telah berjaya merampas daum ketum tersebut hasil perkongsian maklumat perisikan.

“Kesemua hasil tangkapan telah diserahkan ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam pada itu, 6 Bgd berkata, Op Benteng Zon Utara sentiasa siaga dan berusaha untuk membanteras setiap aktiviti penyeludupan di perbatasan serta tidak pernah berkompromi dengan segala helah korupsi sindiket. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply