Home Semasa Jabatan kesihatan rampas ubat tidak berdaftar RM217 ribu

Jabatan kesihatan rampas ubat tidak berdaftar RM217 ribu

by Air Times News Network

SEREMBAN, 27 Okt – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) telah merampas 90 jenis ubat dan barangan kosmetik bernilai RM 217,461 dalam serbuan di daerah ini minggu lalu.

Timbalan Pengarah JKNS (Kesihatan Awam), Dr Mohammad Faid Ab Rashid berkata, serbuan dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan,

“Produk yang dirampas merupakan pelbagai jenis ubat-ubatan termasuk produk tradisional yang tidak berdaftar ”

“Jika disabitkan kesalahan individu tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau turut menegaskan semua pengguna perlu berhati-hati dan sentiasa memeriksa ketulenan produk kesihatan serta ubat melalui label hologram khas FarmaTag. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply