Home Semasa Banjir : Anggota bomba lemas meninggal dunia pagi tadi

Banjir : Anggota bomba lemas meninggal dunia pagi tadi

by Nurulhuda

MELAKA, 21 Okt – Anggota bomba yang terlibat dalam kejadian lemas ketika membantu mangsa banjir di Sungai Putat, semalam meninggal dunia pada jam 3.11 pagi tadi selepas lebih 10 jam bertarung nyawa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, PPJB Abu Bakar Katain berkata, mangsa Mohd Diya Che Jusoh, 46 tahun, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

“Dukacita dimaklumkan bahawa, PBK II (KUP) Mohd. Diya Che Jusoh, anggota bomba yang terlibat dalam kejadian lemas di Sungai Putat, Melaka telah meninggal dunia pada pukul 3.11 pagi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka,

“Warga JBPM Melaka merakamkan ucapan takziah dan amat berdukacita di atas insiden tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, sekitar jam 4 petang, Mohd Diya dipercayai lemas apabila tergelincir sebelum ditolak arus deras ketika sedang memasang tali di kawasan banjir bagi menyelamatkan 14 mangsa yang terperangkap di anjung sebuah rumah.

Video semasa insiden berlaku turut tular dimedia sosial sehingga mengejutkan orang ramai. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply