Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Kolobrasi 2 RSD, 1 Skn RAJD bantu bina semula rumah mangsa kebakaran

Kolobrasi 2 RSD, 1 Skn RAJD bantu bina semula rumah mangsa kebakaran

by Nurulhuda

KEDAH, 19 Okt – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah melaksanakan Projek Jiwa Murni (PJM) dengan membina semula rumah waris anggota Batalion Kedua Rejimen Semboyan Diraja (2 RSD) yang mengalami kebakaran pada Mac tahun lalu.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) dalam hantaran di media sosialnya berkata, rumah kediaman ibu kepada Koperal Syarifuddin Shafiee telah mengalami hampir 70 peratus kerosakan akibat kebarakan tersebut.

“Hasil siasatan mendapati, anggaran kos kerugian yang ditanggung oleh Puan Sholihah akibat kebakran itu dianggarkan berjumlah RM 200,000.00 termasuk barang berharga dan dokumen-dokumen penting,

“Berlanjutan daripada kejadian itu, pasukan 2 RSD telah membuat kolobrasi bersama pasukan 1 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (1 Skn RAJD), untuk membantu keluarga Syarifuddin dalam membina semula rumah di tapak yang asal,

“Kerja pembinaan yang dilaksanakan oleh tim RAJD terdiri daripada 20 anggota dan tim 2 RSD terdiri daripada 10 anggota telah berjaya menyiapkan rumah waris anggota pada 15 Ogos lalu,” katanya.

Majlis penyerahan kunci rumah tersebut telah disempurnakan oleh Panglima 2 Div, Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad pada Ahad.

Panglima 2 Div berkata, pelaksanaan PJM ini bertujuan untuk membentuk jalinan kerjasama di antara tentera bersama rakyat, selain membolehkan pihak TDM memberikan khidmat bakti dan sumbangan kepada masyarakat setempat.-airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply