Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais Helang Gagah uji pengoperasian PUTD bersama 11 RGK, 8 RRD

Eksesais Helang Gagah uji pengoperasian PUTD bersama 11 RGK, 8 RRD

by Air Times News Network

GEMAS, 8 Okt – Pelaksanaan Ekesais Helang Gagah siri 5/21 yang menggunakan sistem Battle Tech 4 adalah bagi menguji pengoperasian Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan unit tempur Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menjalankan operasi khusus.

Rejimen 881 PUTD dalam kenyataan berkata, latihan dwi tahunan yang berkonsepkan Command Post Exercise (CPX) telah bermula 28 September sehingga 6 Oktober 2021.

Menurutnya, eksesais ini melibatkan seramai 200 pegawai dan anggota dari pasukan Rejimen 881 PUTD, Rejimen 882 PUTD, Rejimen Ke-11 Gerak Khas (11 RGK) dan Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD).

“Objektif latihan ini adalah untuk menguji perlaksanaan operasi di peringkat pasukan bersama pasukan khas TDM dari 11 RGK dan 8 RRD,

“Selain itu adalah bagi menguji kecekapan staf di pasukan dalam merancang dan melaksanakan operasi yang diterima dari formasi atasan,” katanya.

Pengarah PUTD, Brigedier Jeneral Yazid Yusuf telah menyempurnakan acara penutup eksesais ini di Dewan Pusat Simulasi Tempur, Pusat Olah Perang TDM pada 6 Okt lalu. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply